Seminit selepas anda membaca ayat ini,100 orang akan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir..MENGAPA??? ini kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak

140 orang seminit


Wednesday, October 7, 2009

Bagus ke CD ni

Kenapa nak guna CD?
Ikut trend kah?
Sebab CD Cantik, menarik, tertarik kah?
Tak menyusahkan kah?
Berbaloi ker??

Antara sebab musabab yang paling utama memilih lampin moden ni

1. Guna material kain yg semulajadi. Tiada gel atau bahan kimia lain. - Tahu tak kalian camne Disposable Diaper (DD) bekerja? Tahu tak apa ada di dlmnya? Ok, cuba ini ; potong DD itu kpd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Ade kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel apabile ia terkena pd air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat dr nye, kulit baby kena ruam/kerengsaan kulit, cian montot baby kite.. :(

Ape kandungan tuk hasilkan DD?? Lihat lah fakta yang menakutkan ini:
* Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara - Seorang bayi akan guna sehingga 7,000 DD atau pun 80 cotton diapers. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? (bayangkan beberapa tahun akan dtg kite dikeliling timbunan DD yg anak kite gunakan....pemandangan yg sgt hodoh!!)

3. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya xde lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama DD dipakai (kes nak jimat pampers la ni), lebih senang kena ruam gatal. Perkara ini jarang berlaku bile kite gunakan CD sbb bila dah basah, baby pun rase tak selesa. Kite kena tukar CD baru.

4. Senang utk digunakan. Betul!! Dulu lain citer. Nak kena ada pin, seluar getah, nak kena lipat2 kain lampin tu. Tapi skang ni, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil.

5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri sbb mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

6. Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu DD to produce the plastic for one DD. Crude oil tu sama la mcm petroleum!!

7. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan DD dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

8. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

9. Dari fakta2 di atas, sgt kesian membiarkan anakku terdedah terus menerus ngan bhn kimia ini. mungkin kesan nye tak ketara sekarang, dewasa nnt siapa tahu kan?

10. Kain lampin sangat menjimatkan!! kite dapat berjimat sehingga RM2K++ apabila menggunakan CD. MMgla masa bayi baru lahir, DD sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian kalians), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar. Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan DD:
Anak kalians menggunakan 7 DD sehari pada kos RM0.50 setiap satu (kos standard DD)

RM0.50 X 7= RM3.50 sehari
RM3.50 X 365 hari= RM1277.50 setahun
RM1277.50 X 3 = RM3832.50 untuk 3 tahun

Kalians perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD):

Kalians perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan bolehlah membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai Cloth Diapers : RM35
Beli 12 helai: 12 X RM 35 = RM420
Beli 24 helai: 24 X RM35 = RM840 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.

Penjimatan : RM3832.50 (DD) - RM840 (CD) = RM2992.50!!! (JIMAT TAK??)

Betul2 terkejut bile wat kira2 nih. Banyak sungguh duit yang bakal dibazirkan kalau terus guna DD tuk Ekal dan bakal adik2nya (wah mcm ramai jek anak2ku nanti...hehehe...)

Tepuk dada tanya la hati ye kawan2ku semua, mana yang terbaik tuk anak kite? Masing-masing ade alasan tersendiri. Jadilah ibubapa yang prihatin dan bijak :)
Tak rugi kita wat semua ni.Untuk anak2 kiter jugakkan :)

No comments:

Post a Comment

MeH Laa OrdeRR..

Name
Tel. No
Email Address
Postage Address
Order 1
Order 2
Order 3
Payment Method
Postage Method
Comment
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Qaseh Iskandar Online Shop

This form powered by Freedback