Sebaik sahaja menerima CD niieeee...
1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak kite basuh, semakin baik daya serapan CD, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.
2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.
3. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu...guna je sabun Pureen Had.Sabun ni mmg kegemaran saya.
4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store kat katalog cosway pun ader...ada pelbagai saiz...pilih lah ikut kesesuaian.
5. Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.
6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Tapi pastikan yeee jgn Simpan lebih dari 3 hari tau.
7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air.Tp jgn selalu wat ye wahai kawan...jarang2 lakukan amalan ni...takut rosak CD tu nanti...
8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm 'microfleece' dgn sabun pencuci pinggan, contohnya "Sunlight', kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya 'microfleece' dpt berfungsi dgn baik semula.
13 years ago
terima kasih atas info ni ye mama..
ReplyDeleteme baru jer dpt CD dan tak tau mana nak mula..
baru beli 4pcs..tgk mcmana penggunaan..
kalau ok baru tambah lagi..:)
sama2 mumyalya...kalau tak tau apa2 leh tanya saya..selamat BerCD..
ReplyDelete